10 Tips pengurusan Kewangan Bijak

1. Menerima gaji sepadan dan berbelanja kurang daripada pendapatan



Peraturan asas yg wajib diketahui dan diambil berat. Pastikan gaji anda adalah bersepadan dengan kelulusan, kepakaran & risiko pekerjaan anda. Anda juga dinasihati agar berbelanja dengan tidak melampaui pendapatan anda. Jika gaji anda sebulan hanya RM1500 pastikan anda tidak membeli sesuatu yg mungkin akan menyebabkan perjalanan kewangan anda dalam jangka masa panjang terjejas teruk.Contoh:

i) Membeli kereta dengan ansuran bulanan RM800 selama 9 tahun.

ii) Sewa rumah = RM300 sebulan

iii) Makan & minum = RM300 Sebulan

iv) Bil air, elektrik, astro, internet = RM300



Maka jumlah perbelanjaan bulanan anda= RM1700 sedangkan gaji anda hanya RM1500.

Walaupun anda berjaya membayar dengan kad kredit, namun bagai mana pula dengan cas tambahan & juga interest lewat bayar? maka untuk mengelakkan dari disytihar muflis & tidak mampu membayar hutang, anda disarankan membuat budjet yang betul & berkesan.



2. Rancang dan Disiplin dalam mematuhi budjet bulanan anda




Eliment yang sangat penting dalam pengurusan ekonomi peribadi & keluarga ialah merancang perbelanjaan anda. Anda tidak akan mampu berbelanja dan menyimpan pada masa yang sama tanpa perancangan kewangan yang betul.



Gunakan petua Sifir 5 bermula dari 10,15,20,25,30 .Angka tersebut mewakili peratusan(%) perbelanjaan anda.. Jika gaji anda RM1500. Bahagikan ia kepada 5 pecahan.

i) 10% simpanan tetap (jangaka masa panjang & kecemasan) = RM150 sebulan =RM 5 sehari

ii) 15% Bila air, elektrik & telefon Bimbit = RM225

iii) 20% Sewa rumah = RM300

iv) 25% Kereta & minyak, tol = RM375( Kereta 2nd hand= RM200, Minyak=RM100, Tol=RM75)

V) 30% Makan & minum, belanja dapur=RM450



Nota Penting: Ini adalah cadangan sahaja. Tangga gaji yg berbeza, Saiz keluarga, faktor lokasi (luar bandar @ dalam bandar) dan harga barangan semasa mungkin menyebabkan anda memerlukan petua kewangan yg berbeza.



3. Lunaskan hutang-hutang & kad kredit

Penggunaan kad kredit secara berterusan akan mengakibatkan anda berterus-terusan mempunyai hutang kad kredit. Ini adalah satu kesilapan yang paling besar. Memang terlalu mudah & banyak kemudahan dengan menggnakan kad kredit tetapi pada pandangan saya lebih banyak keburukan yang kita akan hadapi kelak seandainya kita gagal untuk melunaskan hutang dan akhirnya anda akan terus dibebani hutang..yang makin lama semakin BESAR!



Nota Penting:Jika boleh elakkan menggunakan kad kredit kerana ianya mampu membuatkan anda lalai dalam berbelanja. Jika boleh, elakkan diri anda dari berhutang untuk perkara-perkara yang tidak perlu & diluar kemampuan anda. Pastikan anda memasukkan budjet untuk melangsaikan hutang anda.



4. Mencarum dalam pelan persaraan



Jika syarikat anda menyediakan pelan persaraan, jangan lepaskan peluang untuk mencarum. Jika tiada, pertimbangkan pelan atau skim lain yang disediakan untuk pekerja. Tapi pastikannya adalah sah disisi undang-undang, halal dari segi syariah dan mendapat kelulusan dari Bank negara Malaysia (BNM)





5. Menabung



Pastikan anda menyimpan sekurang-kurangnya 5 peratus ke 10 peratus daripada gaji sebelum menyelesaikan segala bil & perbelanjaan anda. Cara paling baik, buat potongan secara automatik untuk akaun yang berbeza.Anda juga perlulah berdisiplin dan tetap pada pendirian kewangan anda.



Nota Penting: Ingat!! jika anda gagal merancang kewangan anda dimasa muda, maka anda telah pun merancang untuk menhadapi kesukaran hidup di usia emas nanti.





6. Melabur



Pastikan anda membuat pelaburan - jika masih ada wang lebih selepas mencarum untuk skim persaraan atau skim simpanan pekerja dan menabung dalam akaun simpanan. Tapi pastikannya adalah sah disisi undang-undang, halal dari segi syariah dan mendapat kelulusan dari Bank negara Malaysia (BNM)





7. Tingkatkan caruman skim kemudahan untuk pekerja




Tambah nilai caruman anda pada skim kemudahan yang disediakan untuk pekerja. Ia akan membantu anda mengurangkan pembayaran cukai dan membataskan perbelanjaan yang tidak perlu.





8. Semak liputan insurans (Produk Konvensional) @ Takaful (Produk Syariah)




Ramai orang membeli insurans dengan bayaran premium yang tinggi tanpa terlebih dulu menyelidik sama ada ia perlu @ tidak, Halal @ Haram . Pastikan anda mempunyai insurans @ perlindungan Takaful secukupnya tetapi pada masa yang sama tidak membebankan kedudukan kewangan.



Bagi yg beragama islam, anda disarankan beralih kepada simpanan & perlindungan takaful kerana ianya menepati hukum & syariat serta dijamin halal.

Nota Penting: Ini hanyalah cadangan sahaja. Keputusan terletak ditangan anda. Lindungi diri anda & orang yang disayangi sambil beramal kebajikan.



9. Kemas kini wasiat



Wasiat adalah sangat penting dan bukan sesuatu yang harus dipandang enteng. Suka kah kita melihat keluarga kita bersusah payah setelah kematian kita?



Tahukah anda wang yang tidak di wasiatkan dan segala aset berupa wang simpanan dalam akaun bank (ASB, AKAUN Persendirian dll) akan dibekukan & akan diserahkan kepada Amanah Raya. Tiada siapa yang dapat mengeluarkan wang @ aset berkenaan melainkan jika pihak bank telah mendapat surat daripada Pentadbiran pusaka (dari Mahkamah Tinggi sivil @ Pejabat Pesaka kecil). Proses ini memakan masa seawal 6 bulan sehingga 3 tahun.



Tidak kasihankah anda melihat keluarga anda yang mungkin dulu bergantung hidup penuh dengan hasil titik peluh anda terpaksa turun naik mahkamah demi mendapatkan harta pusaka yang telah anda tinggalkan bagi memulakan hidup yang baru?



Justeru pastikan anda telah membuat wasiat tidak kira berapa sedikit pun harta anda supaya jika anda sudah tiada di dunia ini, waris-waris, anak-anak, isteri-isteri anda dapat meneruskan kehidupan dengan lebih terjamin. Wasiat juga penting bagi memudahkan waris anda melunaskan hutang-hutang yang masih ditanggung oleh anda sewaktu hidup anda.





10. Simpan rekod kewangan dengan baik




Rekod ini sangat penting bagi mengelakkan anda dari terlepas pandang untuk mendapatkan pengecualian cukai dan juga untuk membantu anda menguruskan kewangan anda dimasa hadapan dengan lebih teratur dan terancang.
0 Responses


JAWAB SURVEY DAN DAPATKAN TUNAI, MUDAH, HANYA BERI PENDAPAT ANDA