Langkah-langkah Perancangan Kewangan Peribadi Anda

1) Menilai kedudukan kewangan semasa anda.

Bandingkan jumlah pendapatan anda dengan sasaran simpanan bulanan, budget perbelanjaan harian dan hutang-hutang yang sedia ada.

2) Menetapkan matlamat kewangan peribadi anda.

Setelah menilai setiap aspek aliran tunai anda, kemudian tetapkan matlamat kewangan anda.

Matlamat kewangan kebiasaanya terbahagi kepada 3 iaitu

i)Matlamat jangka pendek : seperti perbelanjaan harian, duit minyak, sewa rumah, sewa kereta, bil (air, elektrik,telefon) dll.



ii)Matlamat jangka sederhana : seperti bercuti pada hujung tahun bersama keluarga, Hari raya, pulang ke kampung halaman & sebagainya.



iii)Matlamat jangka panjang : seperti jumlah simpanan yang ingin dicapai setelah bersara, jumlah aset yang ingin dimiliki dll.Namun dengan adanya 3 matlmat ini sahaja tidak mencukupi kerana kehidupan kita sebagai manusia biasa penuh dengan pelbagai risiko dan kematian, justeru perlu ditambahkan 1 lagi matlamat penting dalam kehidupan kita iaitu Matlamat Jangka Tak Terduga.



iv)Matlamat Jangka Tak Terduga : ialah matlamat yang perlu dirancang bagi menghadapi situasi yang tak terduga seperti bencana alam, gempa bumi, kemalangan, kematian dan sebagainya. Matlamat ini pada saya sangat penting kerana kita tidak mampu meramal masa depan justeru kita memerlukan sesuatu perlindungan yang dapat meminimumkan kerosakan atau gerugian yang bakal kita alami. Justeru membuat simpanan Takaful (Produk menepati syariah) atau membeli Polisi Insurans (Produk konvensional) adalah satu langkah bijak.



Nota Bijak Wang: Pilihlah perlindungan Khususnya Takaful yang berkonsepkan simpanan kerana jika tidak berlaku apa-apa kepada anda atau keluarga anda, wang simpanan untuk perlindungan anda tetap akan dipulangkan. Sememangnya perlindungan yang berkonsepkan simpanan memerlukan kos simpanan serendah RM100 tetapi untuk jangka masa panjang amat berbaloi & menguntungkan.



Kebanyakan insurans yang menawarkan kadar premium yang rendah (RM20 atau lebih rendah) tetapi coverage tinggi. Namun keburukannya, jika tiada apa-apa yang berlaku kepada penyimpan maka wang premium itu akan dianggap hangus @ burn begitu sahaja. Jika ada pulangan sekalipun sangat lah sedikit.



3) Menentukan tindakan yang perlu diambil

4) Menilai alternatif yang akan memenuhi matlamat kewangan anda

5) Mewujudkan pelan kewangan anda dan melaksanakannya

6) Mengkaji semula keberkesanan pelan dan menyemak pelan kewangan anda
1 Response
  1. Hello,
    Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Rose Anna, pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan mudah difahami. hubungi kami hari ini melalui e-mel di: (roseannamoore70@gmail.com)



JAWAB SURVEY DAN DAPATKAN TUNAI, MUDAH, HANYA BERI PENDAPAT ANDA