Kebahagiaan Dan 2K

Apa itu kebahagiaan, kebebasan dan ketenangan?
Definisinya sangat meluas dan umum. Ada yang kata kebahagaiaan tu datang bila kita mendapat pasangan yang sangat memahami dan sanggup susah senang bersama. Ada juga yang berpendapat hidup akan bahagia bila kita memiliki banyak harta dan wang ringgit. Kebahagiaan juga turut didefinasikan dengan hidup yang beserderhana dengan sentiasa bersyukur dan redha dengan rezeki yang diberikan Ilahi.

Namun semua pendapat yang ada mahu pun yang tidak tersenarai di atas pada pandangan saya adalah betul menurut perspektif individu yang berbeza.

Namun sedarkah anda bahawa kebahagiaan,kebebasan dan ketenagan dalam kewangan juga sangat penting? Seringkali kita dengar ungkapan "Wang bukan segala-galanya, namun hampir segala-galanya memerlukan wang". Sengaja saya highlight perkataan "hampir" kerana saya tak mahu ada orang yang terlebih pandai nanti comment cakap "ala, tipu la!! tido mana ada kena pakai wang"

Ok kita tinggalkan "golongan bijak pandai" ini dulu,kita sambung topik kita seterusnya.

Sebelum itu saya ingin membawa anda semua kesuatu dimensi yang lain. Cuba anda bayangkan yang anda nampak diri anda sendiri dari suatu dimensi yang lain. Mari sama-sama kita bayangkan...

Anda sedang duduk di atas sebuah kerusi. Di hadapan anda terdapat sebuah meja bulat dan senaskah surat khabar. Dalam masa yang sama diri anda kelihatan tidak tenang, di wajahnya kelihatan agak kusut seperti memikirkan sesuatu. Ya, anda telah membaca ruangan ekonomi. Anda sedang berfikir tentang kadar inflasi yang semakin meruncing, harga barangan keperluan harian yang senakin meningkat. Harga minyak yang tidak menentu juga sering berlegar di fikiran anda.

Oh ya, terlupa pula, anda juga sedang memikirkan pinjaman PTPTN, loan rumah, loan kereta, loan perkahwinan, kad kredit dan hutang-hutang lain yang banyak menimbun.

Pendapatan bulanan anda yang tak seberapa menyebabkan anda terjerat, sesak nafas dan sering kali tertekan.

Di mana perginya bahagia? Isteri atau suami yang dulu janji nak hidup semati, "I Love you, you Love me" ... Kini I left U..

Tertekan bukan? Tak bahagia bukan? Kini kita tinggal bersendirian dan hanya menanggung hutang..

Justeru kebebasan hidup tanpa hutang juga pada saya merupakan salah satu kunci untuk bahagia.


Bagi mengelakkan situasi diatas terjadi pada anda, hidup lah di dunia ini mengikut percaturan akal dan rasional. Teliti setiap perbelanjaan harian anda. fikirlah walaupun 1000 kali jika anda perlu berhutang kerana hutang merupakan salah satu bebanan yang sangat besar kerana seandanya anda gagal melangasaikan hutang-hutang anda, tidak mustahil suatu hari nanti anda akan diisytihar sebagai golongan MUFLIS.

Bercakap pasal hutang, hidup kita memang sukar untuk lari dari hutang, namun disini ingin saya tekankan bahawa cuba minimum kan jumlah hutang anda.

Bagi loan rumah, pastikan anda mengkaji harga rumah tersebut dan bandingkan dengan jumlah gaji setahun anda yang didaradkan dengan 3 (Gaji tahunan x 3= Kos Rumah yg Ideal)

Jika anda dapati harga rumah idaman anda melebihi 3 kali ganda gaji tahunan anda, saya rasa anda terpaksa membatalkan niat untuk memiliki rumah tersebut kerana kesanya mungkin tidak baik untuk perjalanan ekonomi keluarga anda nanti. Jangan ambil risiko yang berbahaya ini.

Bagi kaki kereta saya rasa memang tidak dapat elakkan diri daripada melakukan modifikasai atau menukar kereta baru. Tapi tidakkah kita fikir semua itu menggunakan duit? memang anda ada banyak duit tapi saya rasa duit yang banyak itu seharusnya digunakan untuk menambah aset dan pelaburan anda supaya hidup anda menjadi semakin kaya dan yang paling penting bahagia.

Remember this, First thing first.. Utamakan benda yang sangat penting dalam hidup anda dahulu dan berfikiran jauh supaya anda dapat meramal sedikit sebanyak hasil yang bakal dikecapi 20 atau 30 tahun akan datang. So buat lah sesuatu mulai hari ini

JAWAB SURVEY DAN DAPATKAN TUNAI, MUDAH, HANYA BERI PENDAPAT ANDA